Tuesday, December 9, 2008

Baja Foliar/Fertilizer

Untuk mereka-mereka yang berminat untuk mendalami ilmu pertanian, salah satu elemen pentingnya adalah jenis baja yang digunakan. Kebiasaanya pengusaha menggunakan baja organik atau kimia. Bagi baja kimia NPK kandungan utama baja iaitu Nitrogen (N), Phosphorus Pentoxide -P2O5 (P), and Potassium Oxide - K2O (K) digaulkan mengikut komposisi makronutrient bergantung kepada keperluan dan jenis tanaman. Bagaimana hendak mengetahui berapa peratus kandungan dalam NPK? mari kita lihat contoh di bawah :D,.

Katakan kita lihat dilabel beg baja NPK 15:15:15 ini bermaksud 15 yang pertama adalah kandungan Nitrogen, 15 yang kedua adalah kandungan Phosphorus dan 15 yang ketiga ada Potassium. Berapa peratus kandungan ketiga-tiga makronutrient tersebut sebenarnya. Mari kita selesaikan.

NPK 15:15:15 bermaksud : N 18%, P 6.5%, K 12%

Wednesday, August 13, 2008

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim



Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (lahir 14 Disember 1946) merupakan Menteri Besar Selangor ke-14 (sekarang). Beliau juga merupakan seorang bekas ahli korporat berbangsa Melayu & juga bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dilahirkan di Kampung Jalan Raja Abdullah daerah Kuala Selangor.Menuntut dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi di Universiti Malaya dan kemudian memperoleh segulung ijazah MBA dari Universiti Queensland.

Memulakan karier sebagai pensyarah universiti (tak sure u mane :D). Kemudian, beliau melangkah ke arena korporat dan berada dalam kedudukan CEO dari 1979 hingga 1964 di bawah firma syarikat kewangan yang diselia kerajaan, Pemodalan Nasional Berhad (PNB).

Pada 1981, beliau menjadi terkenal setelah menyelesaikan "dawn raid" di London Stock Exchange, yang mana PNB mencatat agihan 51% syer di syarikat perindustrian British iaitu Guthrie kurang daripada dua jam. Khalid kemudian menjadi CEO Malaysianized Guthrie, yang kini dikenali sebagai Kumpulan Guthrie Bhd, dari 1995 hingga 2003.

Beliau kemudian meninggalkan arena korporat dan menyertai dunia politik, menyertai PKR (Barisan Alternatif - BA). Beliau menjadi calon BA pada Pilihan Raya Kecil DUN Ijok 2007 yang mana beliau tumpas kepada K. Parthiban dari Kongres India Se-Malaysia (MIC), sebuah parti kompenen dalam Barisan Nasional (BN).

Ketika Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, beliau bertanding bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri iaitu P124 Bandar Tun Razak dan N11 Ijok yang mana beliau berjaya menguasai kedua-kedua kerusi yang beliau tandingi. Beliau dilantik menjadi Menteri Besar Selangor dan secara rasminya bermula 13 Mac 2008.

e-commerce trend perniagaan masa kini

Sebut aje pasal e-commerce mesti ramai yg membayangkan ianya adalah website, ada kataloq, pilih-pilih barang then beli. E-commerce atau org lain panggil e-dagang memang makin popular di Malaysia, hinggakan ada yang jual kerepek kat internet guna kaedah nih.

Saya pun tidak ketinggalan dalam gelombang e-commerce yang makin bergelora nih. Klau kita tengok ramai yang join alfiliate e-commerce, jual buku-buku online. Memang bagus dan menarik sekali cara perniagaan ini. bersambung....ada keje nak kene buat nooooo....

Monday, August 4, 2008

Kerajaan Negeri Johor Lama

Asal usul perkataan Johor diambil dari perkataan Arab "Jauhar" yang bermaksud "Permata Berharga". Pengaruh Arab jelas kelihatan di mana para pedagang dari Arab telah datang ke sini bagi menjalankan perniagaan rempah yang sememangnya terkenal pada suatu ketika dahulu. Johor juga dikenali sebagai Hujung Tanah atau "Gangganu" oleh orang-orang Siam yang bermaksud "Batu Permata".

Pembukaan negeri Johor bermula pada awal kurun ke-16 apabila Melaka telah ditawan oleh Portugis. Sultan Mahmud Syah yang merupakan pewaris terakhir takhta kerajaan Melaka telah melarikan diri dan membuka kerajaan Johor. Pada waktu itu, Johor telah meluaskan empayarnya sehingga ke Riau.

Episod seterusnya saya akan menulis beberapa orang ternama dalam sejarah negeri johor.

Sunday, July 27, 2008

Memulakan perniagaan

Tip-tip memulakan perniagaan:

- Mengenalpasti bidang perniagaan.
- kepakaran dalam bidang.
- penubuhan syarikat SSM.
- keperluan kos dan tenaga kerja.
- sumber bantuan kewangan (jika berkenaan).

Wednesday, July 23, 2008

Teh Herba Misai Kucing Polen's

Merawat penyakit kencing kotor. Punca kencing kotor banyak berkait dengan apa yg dicampur ke dalam makanan dan minuman harian kita. Perasa, minyak lemak dan bahan kimia yang kita makan setiap hari dan kehadiran toksin dalam minuman harian adalah punca utama kencing kotor.

Cubalah amalkan minum teh herba misai kucing untuk merawat masalah ini. Insyaallah mujarab.



Saiz Pek : 20x2gram.
Harga RM 14.50

Boleh hubungi saya menerusi email asmidaanasia@gmail.com untuk tempahan.

Tuesday, July 22, 2008

Buat duit dengan Internet

Bila kita cari kart search engine berkaitan buat duit atau business maka kita akan jumpa banyak laman web dan blog bercerita berkenaan program-program buat duit. Ada program yang betul2 buat duit tapi kekadang kita akan terlalu berharap mendapat duit daripada sumber tersebut. Tidak dinafikan kita boleh gunakan internet untuk tujuan pemasaran yang meluas.

Erm..g makan sat...lapo la plak