Wednesday, August 13, 2008

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim



Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (lahir 14 Disember 1946) merupakan Menteri Besar Selangor ke-14 (sekarang). Beliau juga merupakan seorang bekas ahli korporat berbangsa Melayu & juga bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dilahirkan di Kampung Jalan Raja Abdullah daerah Kuala Selangor.Menuntut dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi di Universiti Malaya dan kemudian memperoleh segulung ijazah MBA dari Universiti Queensland.

Memulakan karier sebagai pensyarah universiti (tak sure u mane :D). Kemudian, beliau melangkah ke arena korporat dan berada dalam kedudukan CEO dari 1979 hingga 1964 di bawah firma syarikat kewangan yang diselia kerajaan, Pemodalan Nasional Berhad (PNB).

Pada 1981, beliau menjadi terkenal setelah menyelesaikan "dawn raid" di London Stock Exchange, yang mana PNB mencatat agihan 51% syer di syarikat perindustrian British iaitu Guthrie kurang daripada dua jam. Khalid kemudian menjadi CEO Malaysianized Guthrie, yang kini dikenali sebagai Kumpulan Guthrie Bhd, dari 1995 hingga 2003.

Beliau kemudian meninggalkan arena korporat dan menyertai dunia politik, menyertai PKR (Barisan Alternatif - BA). Beliau menjadi calon BA pada Pilihan Raya Kecil DUN Ijok 2007 yang mana beliau tumpas kepada K. Parthiban dari Kongres India Se-Malaysia (MIC), sebuah parti kompenen dalam Barisan Nasional (BN).

Ketika Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, beliau bertanding bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri iaitu P124 Bandar Tun Razak dan N11 Ijok yang mana beliau berjaya menguasai kedua-kedua kerusi yang beliau tandingi. Beliau dilantik menjadi Menteri Besar Selangor dan secara rasminya bermula 13 Mac 2008.

e-commerce trend perniagaan masa kini

Sebut aje pasal e-commerce mesti ramai yg membayangkan ianya adalah website, ada kataloq, pilih-pilih barang then beli. E-commerce atau org lain panggil e-dagang memang makin popular di Malaysia, hinggakan ada yang jual kerepek kat internet guna kaedah nih.

Saya pun tidak ketinggalan dalam gelombang e-commerce yang makin bergelora nih. Klau kita tengok ramai yang join alfiliate e-commerce, jual buku-buku online. Memang bagus dan menarik sekali cara perniagaan ini. bersambung....ada keje nak kene buat nooooo....

Monday, August 4, 2008

Kerajaan Negeri Johor Lama

Asal usul perkataan Johor diambil dari perkataan Arab "Jauhar" yang bermaksud "Permata Berharga". Pengaruh Arab jelas kelihatan di mana para pedagang dari Arab telah datang ke sini bagi menjalankan perniagaan rempah yang sememangnya terkenal pada suatu ketika dahulu. Johor juga dikenali sebagai Hujung Tanah atau "Gangganu" oleh orang-orang Siam yang bermaksud "Batu Permata".

Pembukaan negeri Johor bermula pada awal kurun ke-16 apabila Melaka telah ditawan oleh Portugis. Sultan Mahmud Syah yang merupakan pewaris terakhir takhta kerajaan Melaka telah melarikan diri dan membuka kerajaan Johor. Pada waktu itu, Johor telah meluaskan empayarnya sehingga ke Riau.

Episod seterusnya saya akan menulis beberapa orang ternama dalam sejarah negeri johor.