Wednesday, August 13, 2008

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim



Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (lahir 14 Disember 1946) merupakan Menteri Besar Selangor ke-14 (sekarang). Beliau juga merupakan seorang bekas ahli korporat berbangsa Melayu & juga bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dilahirkan di Kampung Jalan Raja Abdullah daerah Kuala Selangor.Menuntut dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi di Universiti Malaya dan kemudian memperoleh segulung ijazah MBA dari Universiti Queensland.

Memulakan karier sebagai pensyarah universiti (tak sure u mane :D). Kemudian, beliau melangkah ke arena korporat dan berada dalam kedudukan CEO dari 1979 hingga 1964 di bawah firma syarikat kewangan yang diselia kerajaan, Pemodalan Nasional Berhad (PNB).

Pada 1981, beliau menjadi terkenal setelah menyelesaikan "dawn raid" di London Stock Exchange, yang mana PNB mencatat agihan 51% syer di syarikat perindustrian British iaitu Guthrie kurang daripada dua jam. Khalid kemudian menjadi CEO Malaysianized Guthrie, yang kini dikenali sebagai Kumpulan Guthrie Bhd, dari 1995 hingga 2003.

Beliau kemudian meninggalkan arena korporat dan menyertai dunia politik, menyertai PKR (Barisan Alternatif - BA). Beliau menjadi calon BA pada Pilihan Raya Kecil DUN Ijok 2007 yang mana beliau tumpas kepada K. Parthiban dari Kongres India Se-Malaysia (MIC), sebuah parti kompenen dalam Barisan Nasional (BN).

Ketika Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, beliau bertanding bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri iaitu P124 Bandar Tun Razak dan N11 Ijok yang mana beliau berjaya menguasai kedua-kedua kerusi yang beliau tandingi. Beliau dilantik menjadi Menteri Besar Selangor dan secara rasminya bermula 13 Mac 2008.

No comments: