Tuesday, July 22, 2008

Pasal kedai dobi

Besar jugak modal yang diperlukan utk setup kedai dobi nih. Mari kita lihat dan buat kira-kira.

Kategori perniagaan dobi (laundry).
- ada yg berpendapat ianya berkonsepkan "showroom concept"
- ada yg berpendapat ianya berkonsepkan "service business"

Mari kita lihat modus operandi perniagaan dobi:

Kes 1 : customer nampak kedai kita >>customer datang hantar >> service >> customer bayar bila dah siap.
Kes 2 : iklan >> customer datang hantar >> service >> customer bayar bila dah siap.
Kes 3 : pengusaha pergi hotel2 >> collect + service >> hantar balik kat customer + dapat payment.

Okey sekarang mari kita buat kira-kira basic perniagaan showroom concept:

1. sewa premis
2. bekalan elektrik dan air
3. renovation seperti partition, meja + kerusi tuk cashier
4. buku-buku log (utk permulaan)

Then kita buat kira-kira plak kos-kos operasi

1. Kos mesin basuh
2. Kos pengering
3. Kos iron
4. Kos sabun + softner
5. Kos upah pekerja
6. Kos utiliti

Okeh daripada kos-kos terlibat tadi kita susul dengan carik supplier yang berkaitan dan dapatkan beberapa quotation dan timbangkan mane yang sesuai dengan budget kita.


Saya pun sekarang nih sedang mengumpul modal sebanyak RM 50 untuk menjalankan perniagaan dobi nih. sebulan hanya mampu mengumpul RM 1000, maklumlah eksekutif biasa aje :P. Lebih kurang 50 bulan (lebey kurang 4 tahun lg) simpanan barulah saya dapat laburkan ke perniagaan dobi nih. Maklumlah kawe dok banyok pitih.

Selamat berusaha dan berjaya

No comments: